Like Us On Facebook

Seorang Lelaki Mati Di Tembak



Johor Bahru: Seorang lelaki mati ditembak di Jalan Kenanga 3, Taman Desa Cemerlang di sini malam tadi.

M Sasitharen, 33, ditembak lelaki tidak dikenali ketika berada di kereta Honda City dipandunya di tempat letak kenderaan depan deretan bangunan kedai tiga tingkat itu. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata polis terima panggilan pada jam 7.55 malam berhubung kejadian seorang lelaki ditembak beberapa das. 

Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian mendapati mangsa sudah dibawa ke hospital oleh orang ramai.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis turut menubuhkan satu pasukan khas bagi melengkapkan siasatan kes ini," katanya. 

Pada Januari lalu, mangsa yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi itu pernah cedera ditembak di tempat letak kereta hadapan Pusat Hiburan Century Bell, Jln Permas 10/5, Permas Jaya. 

Dalam kejadian itu mangsa ditembak ketika berseorangan dalam kereta jenis Honda City yang dipandunya. 

Akibat kejadian itu mangsa cedera akibat terkena tembakan di tangan kanan dan perut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Hak Orang Kurang Upaya Di Salah Gunakan


PEMILIK tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan mereka di petak tempat letak kereta yang disediakan khas untuk OKU di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 9 Sept. - "Kami hanya meletakkan kenderaan sementara sahaja. Kebetulan petak tempat letak kereta Orang Kurang Upaya (OKU) di sini kosong,".

Begitulah jawapan ringkas sepasang suami isteri yang normal tubuh badannya ketika diaju pertanyaan oleh penulis mengenai tindakan mereka meletakkan kenderaan di petak khas bagi pemandu OKU di salah sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini.

Penulis percaya situasi menyalahgunakan kemudahan OKU, lebih-lebih tempat letak kereta, sama ada secara sedar atau tidak bukan lagi luar biasa dalam kalangan masyarakat hari ini.

Keadaan ini sekaligus membuktikan tahap kesedaran terhadap golongan ini masih rendah.

Kemudahan yang disediakan itu tidak lain bertujuan memudahkan pergerakan golongan itu melakukan tugasan harian mereka.

Sikap tidak prihatin dan kurang bertimbang rasa segelintir orang awam itu bukan sahaja menyukarkan golongan OKU, bahkan menggambarkan sikap pentingkan diri.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa lokasi tumpuan di sekitar ibu kota baru-baru ini, mendapati penyalahgunaan kemudahan OKU dilihat semakin menjadi-jadi.

Biarpun simbol OKU dan papan tanda khas diletakkan ia langsung tidak dihiraukan.

Apatah lagi papan tanda yang memberi amaran mereka yang menyalahguna petak tempat letak kereta bagi OKU atau tidak mempunyai pelekat khas tindakan mengunci tayar akan diambil.

TINDAKAN meletakkan motosikal di laluan pejalan kaki OKU menggambarkan sikap tidak prihatin masyarakat kepada golongan ini.

Kesempatan turut diambil penulis untuk bertanyakan situasi salah guna kemudahan OKU itu kepada seorang pegawal keselamatan di situ.

Jawapan yang diterima agak mengecewakan.

Menurut lelaki berusia hampir 50-an itu, mereka tidak mempunyai banyak masa dan tenaga semata-mata untuk mengawal petak khas disediakan untuk OKU.

"Kami hanya berharap orang awam sedar mengenai hak-hak OKU.

"Jika secara kebetulan individu didapati bersalah, tindakan mengunci tayar dan denda sebanyak RM50 akan dikenakan," jelasnya.

Sementara itu, tinjauan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara mendapati situasi sama turut berlaku apabila petak tempat letak kenderaan OKU yang disediakan dipenuhi beberapa buah kereta dan motosikal.

Ketiadaan sebarang pelekat OKU ditampal menguatkan tekaan penulis kenderaan itu milik orang awam yang tidak bertanggungjawab.

Penulis percaya, sebagai manusia yang normal tubuh badan nya tentu kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada individu yang tidak ambil peduli tentang nasib dan hak-hak golongan ini.
Mereka bukan warga kelas kedua seperti yang dianggap sesetengah masyarakat, sebaliknya mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat normal lain.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Pengkid Dera Kanak-Kanak 8 Tahun

Muar: Dua wanita dengan seorang daripadanya dipercayai pengkid, ditahan di rumah mereka di Taman Sri Cempaka di sini, kelmarin, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Wanita berusia 39 tahun itu dan rakannya yang berusia 32 tahun, ditahan polis kira-kira jam 8 malam, susulan laporan yang diterima daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan mangsa dibesarkan ibu angkatnya sejak bayi, tetapi kehidupannya berubah apabila wanita itu mengenali pengkid itu dan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.


Pengkid yang juga jurulatih seni mempertahankan diri itu turut membahasakan dirinya sebagai ayah, dikatakan memukul kanak-kanak itu menggunakan rotan dan pembaris besi hingga lebam di belakang badan, lengan kanan dan kedua-dua kaki jika dia melakukan kesalahan.

Penderitaan kanak-kanak itu dikesan guru sekolahnya kelmarin, yang ternampak kesan lebam pada badannya sebelum melaporkan kepada JKM Muar.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pegawai JKM ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan dan selepas mendapati ada kesan lebam serta mengesyaki kanak-kanak itu didera, pegawai berkenaan membuat laporan polis.

AZMAN menunjukkan rotan yang digunakan untuk memukul kanak-kanak pada sidang media di IPD Muar semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan ibu angkat mangsa serta teman serumahnya untuk siasatan.

“Pegawai JKM membawa mangsa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan pemeriksaan fizikal mendapati ada kesan lebam lama serta baru di belakang badan mangsa, lengan kanan dan kedua-dua kakinya akibat dipukul yang dikaitkan dengan penderaan,” katanya  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Menurutnya, selain menahan  suspek, pihaknya turut merampas pembaris besi dan  rotan yang digunakan untuk memukul mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis bagi membantu siasatan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Isteri Potong Kemaluan Suami Kerana Cemburu


Gambar hiasan

Fuzhou (China) : Ia berlaku lagi. Seorang wanita di sini dilapor memotong kemaluan suaminya yang berusia 35 tahun sebelum membuangnya ke dalam tandas, semalam.

Wanita berkenaan bertindak demikian kerana mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Suaminya terselamat dalam kejadian itu dan dibawa ke hospital untuk dirawat, lapor akhbar Sina News.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila si suami pulang dalam keadaan mabuk kira-kira jam 3 pagi.

“Selepas buka pintu, si isteri mengambil gunting lalu menggunting kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam tandas,” katanya.

Menurut sumber, si isteri mengesyaki mangsa berfoya-foya dengan wanita lain.

Sebaik bapa lelaki berkenaan mengetahui, dia menelefon polis.

Apabila mangsa tiba di hospital, doktor mendapati tidak ada langsung kemaluannya yang tinggal.

Mereka memberitahu bapa mangsa, jika ditemui dan disambung semula sekalipun, ia tidak akan berfungsi dengan baik.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification